10/01/2019

Mata Ayah Kena Bedah - 7 Januari 2019

BY Mr. Rizal No comments

Haji Mastor di hospital Ipoh

Assalamualaikum...

ahad lepas, 6 Januari 2019, ayah aku admit di hospital ipoh. Memang sejarah katanya sepanjang hidupnya tak pernah lagi kena tidur dalam wad hospital.



Ayah kena admit untuk pantau bacaan gula dalam darah sebelum kena operate untuk buang katarak matanya yang dah semakin teruk.


Alhamdulillah segalanya berjalan lancar keesokan harinya, Isnin, 7 Januari. Matanya dah boleh melihat semula. Seronok la ayah nak tengok bolasepak dalam tv lepas ni. Semua nampak kliaaaaa...hehe.


Sekarang ayah berehat kat rumah kena pakai spek hitam, untuk sementara supaya mata tu tak perlu kerja lebih kena cahaya.

Lega juga sebab ayah tak perlu dah orang pimpin masa nak pergi pasar. Ayah suka pergi pasar. semenjak matanya agak kabur, Alany jadi peneman pimpin atuknya jalan di pasar. Alany pun dah banyak kelas yang perlu dihadiri di hujung minggu. Maka takde la rasa bersalah sangat bila tak dapat balik kampung hujung minggu.


semoga ayah aku terus sihat dan gembira. Aminn.


0 komen:

Post a Comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan