Assalamualaikum...
Sumpah. Aku benar-benar seperti tersedar dari lamunan. Lamunan yang aku sendiri tak sedar dan tak pasti yang masih membelenggu diri aku.
Buka fb, aku ternampak satu posting sahabat sepengajian politeknik aku dulu. 17 tahun dah beliau berkhidmat dengan mara. Dia tunjukkan gambar surat tawaran juruteknik komputer yang diterima. Terus aku tersedar.
Ya, aku pun terima surat yang sama 17 tahun yang lepas, cumanya bukan aku yang buka surat tersebut, dan tak sempat untuk aku jawab "TERIMA" sebab aku sedang menyambung pengajian ijazah sarjana muda ke kutkm (sekarang utem) di melaka. Surat tersebut hanya ada depan mata aku setelah tamatnya tarikh untuk menjawab tawaran yang diberi.
Cita-cita
Budak 70an dan 80an pasti ingat, borang hijau yang diisi oleh guru kelas dengan senarai cita-cita yang murid nak capai. Askar, polis, atau doktor memang top dalam pilihan budak2 masa tu. Tak ada rasanya yang meletak cita-cita untuk menjadi seorang seorang penjual insuran, pemain bola pro, pemain pubg pro, ataupun angkasawan. Cita-cita aku? tak ingat, tapi polis dan tentera memang ada terpacul dari mulut aku bila cikgu tanya.
Aku, Hafizul dan PC.
Kawan aku, Hafizul, seorang pc geek. Mak aku belikan set komputer pertama untuk keluarga masa aku form 1 tak silap. Rumah aku di manjoi. Rumah Hafizul di seberang sekolah STAR Ipoh.
Hujung minggu selepas aku tuisyen, aku akan ke rumah dia dengan berbasikal. Ataupun kami sama2 ke yik foong, untuk cari game baru. Masa tu nak main game mana mampu nak beli ori, (sampai aku study degree kot memang beli game pirate je, kahkah) samada kau beli disket yang kedai jual tersedia games ataupun kau bawak disket sendiri, dan pekedai akan copykan, jimat la sikit.
Selain berkongsi minat pc games, aku juga belajar pasal hardware pc dengan Hafizul. Yang paling tak boleh blah, selepas setahun mak aku beli set pc kat rumah, baru aku tau spec pc tu bukan seperti yang sepatutnya, kuasa pc lebih rendah daripada dalam senarai yang sepatutnya. Senang cerita, mak aku kena scam la kekdahnya. dan sebaik masuk form 3, aku dah setup beberapa biji pc, termasuk pc rumah aku sendiri.
Aku Dan Politeknik.
Selepas 2 tahun di sekolah teknik, keputusan SPM aku melayakkan aku untuk sambung sijil di politeknik, dan Alhamdulillah aku berjaya dengan permohonan kursus yang memang aku mahu, Sijil Teknologi Komputer di Politeknik Seberang Perai.Aku rasa aku dah memang on the right track la kata orang banjar untuk aku persue cita-cita terkini aku, untuk jadi seorang pc tech yang beriman dan berjaya (pengaruh masuk kursus MAP Dr. Tengku Hasmadi).
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Habis sijil politeknik, aku memang nganga mulut je kat rumah, sambil isi tawaran kerja kosong online. Tapi tak lama nganga sebab sebaik aku habis belajar, dan keputusan untuk sambung diploma agak tergendala, mak aku maklum ada kolej universiti kerajaan baru nak buka di Melaka. Disebabkan diorang nak ramaikan student, diorang open untuk student politeknik / matrik dengan syarat kemasukan yang mudah.
Makanya 2001 aku kembali jadi seorang pelajar. Dalam surat tawaran aku ditawarkan kursus sarjana muda sains komputer , tanpa pengkhususan khas lagi.
Serius, aku masih blur dengan keadaan yang aku sendiri tak sedia nak sambung belajar, sedar2 aku dah terbaring di asrama kolej universiti di Ayer Keroh Melaka.
Tawaran Kerja.
tak silap aku, aku balik rumah untuk cuti sem kot. Dan aku dihulur dengan sekeping surat. Ya, surat yang sama seperti surat sahabat fb yang aku cerita awal2 tadi. Dalam hati aku rasa macam-macam. Kenapa kena sorok dari aku? kenapa kena tunggu dah expired baru nak bagi?
Sebab dah tentulah parents aku nak yang terbaik untuk aku. Aku memang speechless kot. Sebab aku rasa aku sepatutnya dah berjaya mencapai apa yang aku cita-citakan, tapi tu la kan...Kecewa.
Sekarang baru aku teringat kenapa minda separuh sedar aku semacam memberitahu badan aku yang teruskan saja kekecewaan tu, bawa sampai mati. Dan badan aku follow sampai akal aku sendiri tak dapat nak mengintrepetasi mana datangnya perasaan kecewa yang berlarutan ni. Adakah ini dikatakan mild depression? Entahlah...
Oh ya, selepas aku habis degree, aku memang ada kerja bergaji. Dan juga kerja separa bergaji. Dan bukan sebati dengan jiwa aku, makanya kini aku menjadi freelance web designer/ internet marketing service, dropshipper, dan juga surarumah sepenuh masa.
Aku harap 2019 ni akan membuka pintu baru untuk aku melupakan segala yang pernah mencederakan emosi dan benak akal aku supaya aku lebih maju dalam hidup.
Moral daripada blogpost ni? takde apa, saje nak meluahkan perasaan. Nama pun personal blog.
Bye.
0 komen:
Post a Comment