22/12/2017

7 Tanda Buah Pinggang Anda Tidak Sihat

BY Mr. Rizal IN , , , , No comments


Assalamualaikum.
 
Biasanya badan akan menghantar isyarat yang menunjukkan buah pinggang anda gagal berfungsi dengan sepatutnya. Buah pinggang atau Ginjal adalah organ tubuh yang paling penting. Kerosakan salah satu ginjal akan mempengaruhi seluruh fungsi dalam tubuh.

Jika isyarat awal kerosakan fungsi ginjal ini dapat dikesan, adalah lebih mudah untuk mendapatkan rawatan awal yang mampu mengelakkan kerosakan ginjal yang lebih awal.

Berikut adalah tanda-tanda buah pinggang anda bermasalah :


1. Nyeri Pada Punggung 

nyeri atau terasa sakit, panas, kesemutan seperti terbakar, tertusuk, atau ditikam. Ketika ginjal anda mengalami masalah atau tidak berfungsi secara normal, kesakitan ini dapat dirasakan buat beberapa ketika.

2. Kelelahan

Ginjal bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon yang dipanggil Erythropoietin yang berfungsi untuk menghasilkan sel darah merah dalam penghantaran oksigen ke seluruh tubuh. Jadi ketika ginjal gagal untuk melakukan fungsi itu, ia akan menyebabkan kelelahan. Selain itu, anda juga akan merasakan badan terasa lemah, lesu dan berat.





3. Sesak Nafas

Ketika cairan dan bahan buangan tidak terbuang sempurna dan terkumpul dalam paru-paru, bekalan oksigen adalam tubuh akan terganggu. Keadaan ini akan menyebabkan rasa sesak nafas.

4. Tangan dan Kaki Bengkak

Apabila buah pinggang tidak mampu untuk menapis air dalam tubuh, air ini akan terkumpul dalam tubuh badan dan sering terlihat pada bahagian tangan dan juga kaki.

5. Urin Bermasalah

Ketika ginjal tidak dapat berfungsi dengan baik, maka organ tersebut juga tidak akan mampu menghasilkan urin normal. Selain itu, anda perlu memeriksa warna urin. Jika urin anda berwarna gelap, berbuih atau pucat itu antara tanda buah pinggang anda bermasalah.

6. Hilang Nafsu Makan

Ketika ginjal tidak mampu menyaring bahan buangan dari tubuh, anda akan kehilangan nafsu makan kerana keadaan tersebut. Selain itu anda akan terus menerus mengalami adanya rasa tidak enak di mulut.

 7. Kulit Kering dan Iritasi

Ketika ginjal tidak mampu mengeluarkan bahan kumuh dan cairan dari darah dapat menyebabkan iritasi kulit yang parah, rasa kering yang sangat dan gatal. Ini adalah salah satu tanda bahwa ginjal gagal melakukan tugasnya.

0 komen:

Post a Comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan