19/10/2018

Nak Balik Hari ke Korea Selatan? Ini Caranya

BY Mr. Rizal No comments


Assalamualaikum

Pernah tak korang yang biasa melancong ke luar negara ada pengalaman dihalang memasuki negara yang nak dilawati? haha, brader ni , Fahmi Sudirman terpaksa menelan hakikat pedih apabila dihalang memasuki Korea Selatan akibat kesilapan kecil ketika mengisi kad ketibaan.


Gara-gara tidak menyatakan jenis pekerjaan pada kad ketibaan ketika melancong ke Korea Selatan, seorang pemuda mendakwa terpaksa dihantar pulang ke Malaysia serta-merta tanpa diberikan peluang untuk mempertahankan diri.
Pemandu pelancong sambilan, Fahmi Sudirwan, 32, mengakui kejadian berpunca daripada kesilapan diri sendiri dan pengalaman itu tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.
Katanya, ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 4 Oktober lalu, dia telah dipanggil oleh pihak imigresen Korea untuk disiasat bagi mengetahui tentang latar belakang pekerjaannya.
"Ketika dipanggil tu saya rasa berdebar dan tidak puas hati kerana tidak boleh mempertahankan diri. Hanya pegawai imigresen yang boleh soal saya, saya tidak boleh tanya soalan kepada mereka.
"Saya sampai lapangan terbang pada pukul 8 pagi, selepas disiasat beberapa jam, saya dihantar balik pukul 4.30 petang ke Malaysia," katanya ketika dihubungi

Untuk makluman semua sekarang ni memang kerajaan korea memandang berat terhadap isu lambakkan pekerja asing di negara tersebut. Hal ini menyebabkan mereka telah mengadakan kawalan ketat di pintu masuk negara mereka. Mana2 pelancong yang mereka rasa meragukan tanpa sebarang alasan terus menghantar pulang pada hari yang sama.



Jelas Fahmi, dia tidak menyatakan jenis pekerjaannya di ruang kad ketibaan tersebut kerana menyangka ia tidak akan mendatangkan masalah.
Fahmi yang bertugas sebagai pembantu makmal sepenuh masa di Pulau Pinang itu berkata, sebelum ini dia tidak pernah mengalami insiden seperti itu ketika berkunjung ke Singapura, Thailand, Myanmar, Filipina dan Vietnam.
"Saya rasa mungkin apa yang berlaku berkaitan dengan isu lambakan pekerja asing di negara tersebut.
"Saya harap rakyat kita yang nak ke sana jangan ulangi kesilapan saya atau terimalah nasib melancong ke negara 'K-Pop' balik-hari," ujarnya dalam nada kesal.


 

0 komen:

Post a Comment

Kisah Lain Di Dunia Tanpa Sempadan