Assalamualaikum...
Nampaknya scam kad diskaun pelancongan ni kembali lagi. Sebenarnya penipuan kad keahlian ni dah terlalu lama berlaku, tapi yang peliknya tiada tindakan yang benar-benar berkesan untuk menghentikannya. Taktik mereka yang menakut-nakutkan mangsa dengan ugutan saman daripada peguam adakala berjaya menjerat mangsa untuk membuat bayaran. Bukan sedikit, ada yang mencecah RM700 untuk satu pengaktifan kad.
Bagaimana mereka memerangkap mangsa?
Taktik mereka adalah dengan menawarkan kad diskaun yang disertakan dengan pakej penginapan percuma untuk 3 hari 2 malam. Kebiasaanya bilik yang ditawarkan adalah bilik suite, maka mangsa yang merasakan ianya berbaloi akan terus mendaftar dan membuat bayaran. Di sinilah mangsa akan dijerat. Kebanyakan kes pakej dilanggan melalui telefon dan rekod kad kredit termasuk kod keselamatan di belakang kad kredit mangsa diperolehi. Ramai mangsa yang terkena sebenarnya adalah pengguna baru kad kredit kerana mereka tidak tahu bahawa nombor keselamatan di belakang kad itu umpama kata laluan untuk kad kredit.
Bayaran pertama atas persetujuan. Maka tiada masalah. Masalah timbul apabila tahun seterusnya. Mangsa akan dihubungi dan dimaklumkan kad keahlian mereka telah diupgrade dan perlu membayar untuk mendapat kad yang baru. Walaupun anda mengatakan tidak, jangan terkejut kerana mereka akan tetap mengenakan caj atas kad kredit anda. Bagaimana boleh dicaj? rekod kad kredit anda dah ada bersama mereka.
Penyelesaian pantas.
Batalkan kad kredit anda jika sebelum ini anda pernah membuat transaksi kad kredit dengan scammer kad ahli ini. Dapatkan kad dengan nombor baru. Tetapi anda belum terlepas, rekod phone anda masih ada pada mereka. Anda akan terus ditekan dan diugut kononnya anda akan disaman kerana tidak membayar. Mereka akan menyamar kononya dari firma peguam yagn dilantik untuk menyaman anda jika tidak membayar.
selain membatalkan kad kredit, anda juga disarankan membuat lporan kepada tribunal pengguna jika anda masih mempunyai sebarang hitam putih berkaitan kad keahlian anda. Jangan biarkan scammer ini seronok dengan duit yang mereka dapat dengan percuma.
Info berkaitan scam kad ini di alam siber:
0 komen:
Post a Comment