Situasi ekonomi yang agak mendesak serta keadaan poket yang tak berapa nak selesa menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang tak mampu untuk membayar bulanan hutang kereta mereka. Untuk mencari jalan mudah, mereka akan membuat tawaran sambung bayar samada menggunakan orang tengah ataupun syarikat sewa kereta yang akan memajak kenderaan mereka.
Tahukah anda adalah salah jika anda sebagai pemilik kereta melakukan pajakan atau kaedah sambung bayar tanpa pengetahuan bank?
Pemilik kenderaan yang memajak kereta kepada pihak ketiga tanpa persetujuan daripada pihak bank boleh didenda atau dipenjarakan.
Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan, kes-kes sambung bayar dan juga pajakan kereta ini sebenarnya melanggar peruntukan Akta Sewa Beli 1967.
"Tindakan boleh diambil terhadap pemilik kenderaan terbabit yang menyerahkan kenderaan untuk disambung bayar atau dipajak kepada pihak ketiga tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada bank," jelasnya.
Jawapan bertulis bertarikh semalam itu bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat.
Menurut kenyataan itu, penguatkuasaan akta ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli 1967, jika pemilik asal didapati bersalah menjual kenderaan ketika perjanjian sewa beli masih berkuat kuasa, mereka boleh didenda hingga RM30,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.
Kementerian Dalam Negeri mengetahui kes sambung bayar dan pajakan
kereta sebagai penyelesaian pemilik kereta yang tidak berkemampuan
membayar ansuran bulanan kepada bank.
"Masalah berlaku
apabila kereta yang dijual secara sambung bayar atau pajakan ini tidak
dibayar sewa bulanan kepada bank, sekali gus menyebabkan penama
kenderaan disenarai hitam.
"Kes-kes ini tidak boleh
dikategorikan sebagai kes curi kereta kerana tidak memenuhi elemen
kesalahan mencuri seperti dikatakan dalam Seksyen 378 Kanun Keseksaan.
"Namun,
dalam siasatan dijalankan polis, jika terdapat unsur penipuan, polis
akan siasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelas kenyataan itu.
0 komen:
Post a Comment