Assalamualaikum,
Umur 40 tahun ialah umur
dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa
(jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat
kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya
dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon
pertolonganNya.
Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan
amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat
menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di
syurga nanti.
Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung
tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain
semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari
masalah baru.
Usia 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran
di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah
berfirman yang bermaksud,
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."
Ada segelintir golongan yang sudah
berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta
Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan
cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk
mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.
Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak
menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta
diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
Ada
yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg
sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi
bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh
meninggal..."
Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap
bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan
nafsu sendiri.
Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti
kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:
“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].
Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana
setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam
waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…
Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..
Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah dia mempersiapkannya…?!
Allah ta’ala berfirman (yang artinya):
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]
Mari kita dekatkan diri dgn
Allah, rajin2 Solat Jemaah, tunaikan Zakat, Haji, Umrah, puasa dan
sebagainya. Tunaikan yg Wajib dahulu, dan tingalkan larangan insyaAllah.
0 komen:
Post a Comment