Sajjad wanita yang hitam manis. Beliau seorang wanita yang cantik.
Namun keayuannya tidak terserlah dek kerana warna kulitnya yang tidak putih.
Sajjad sentiasa melihat dirinya kurang cantik selagi dirinya tidak menjadi putih.
Suatu hari Sajjad bertemu rakan lamanya, Rahimah yang kini tinggal di bandar.
Sajjad terkesima kerana Rahimah yang dulunya sama warna kulit dengan beliau
telah menjadi seorang yang berkulit cerah. Sajjad telah bertanya bagaimana
Rahimah menjadi begitu cerah dan amat berubah sekali penampilannya.

Rupa-rupanya Rahimah telah mengambil makanan tambahan yang dikatakan mampu
menjadikan kulitnya lebih putih dan berseri. Harga makanan tambahan ini bukannya
murah, malah mencecah RM200 untuk sebotol.
Sajjad tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan makanan tambahan yang
disyorkan oleh temannya itu. Setelah 5 bulan, dan habis beribu ringgit, Sajjad telah
mencapai impiannya untk menjadi putih berseri. Pemuda di kawasan tempat tinggalnya
sering memuji keayuan Sajjad yang kini telah semakin ayu.
Dalam ramai-ramai pemuda yang sering menegurnya, Sajjad tertarik dengan Saiful, lelaki
sado dan berkumis nipis. Saiful mempunyai kulit yang semulajadi cerah, tidak seperti Sajjad.
Setiap kali Saiful menwiwit Sajjad, Sajjad pasti menoleh dan memberi beliau flying kiss.
Dipendekkan cerita, Saiful dan Sajjad akhirnya berkahwin. Mereka hidup bahagia.
Sajjad telah mengandung. Genap 9 bulan 10 hari dalam kandungan, Sajjad akhirnya
melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Namun Saiful telah terkejut dan
meragui samada anak itu adalah anak dari benihnya sendiri. Ini kerana anak tersebut
dilahirkan dengan kulit yang gelap!
Makanya Sajjad terpaksa membuka rahsianya yang dirinya dahulu adalah seorang
yang berkulit gelap. Untuk tidak menyebabkan kegelisahan kepada ahli keluarga yang lain,
Sajjad dan Saiful bersetuju untuk memberi anak kecil mereka makanan tambahan yang
sama untuk mencerahkan kulit anak mereka.
The End.

0 komen:
Post a Comment