PUKAU
Nampaknya kejadian pukau kini
semakin menjadi-jadi dikalangan masyarakat di Malaysia kini. Ramai masih tidak
memahami bagaimana ia boleh terjadi dan ada juga segelintir golongan masih
tidak mempercayai PUKAU ini.
Bagi saya PUKAU ia berkaitan
dengan MINDA BAWAH SEDAR. Apa itu MINDA BAWAH SEDAR? Agak susar saya mahu
terangkan maksudnya tetapi saya boleh ringkaskan ia mengenai MINDA kiat yang
terbahagi kepada tiga bahagian iaiitu:
- MINDA SEDAR
- MINDA BAWAH SEDAR
- MINDA TIDAK SEDAR
Minda sedar berlaku seperti anda sekarang lakukan. Anda boleh
mengawal diri anda, makan, minum, berjalan, bercakap dan lain-lain.
Minda Bawah Sedar selalunya berlaku ketika sebelum tidur dan ketika
bangun dari tidur. Pernahkah anda memandu kereta sambil bertelefon atau berSMS?
Siapa yang kawal pemanduan anda? Ya itulah Minda
Bawah Sedar. Pernahkan anda lihat anak atau rakan anda mengigau daripada
tidurnya berjalan dan bila sedar dia lupa apa yang telah berlaku? Ya itulah Minda Bawah Sedar. Berdasarkan kajian
yang saya lakukan Minda Bawah Sedar
bersifat keanak-anakan. Minda Bawah
Sedar ini boleh diaktifkan dengan teknik yang tertentu dan hanya orang yang
tertentu sahaja tahu untuk mengaktifkan Minda
Bawah Sedar ini dan orang itulah yang dipanggil PEMUKAU. Saya berterus
terang semua orang boleh di PUKAU.
Minda Tidak Sedar berlaku ketika kita tidur atau mati.
Berikut adalah cara-cara untuk
mengelak anda di PUKAU:
- 1. Kembali kepada Agama (bagi orang Islam rajin-rajinlah SOLAT dan beramal ibadah) tidak ada jalan penyelesaian perkara-perkara buruk ini melainkan kita kembali kepada ALLAH.
- 2. Amalkan membaca ayat Kursi dan surah Tiga Qul. Jika diselidiki maksud ayat Kursi itu sendiri ia membawa maksud yang mendalam dan boleh mengelakkan diri anda daripada perkara-perkara jahat:
0 komen:
Post a Comment