Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin, melobi untuk pasukan kebangsaan Harimau Malaysia supaya memboikot kejohanan Piala AFF Suzuki yang kini sedang berlangsung di lokasi bersama antara Myanmar dan Filipina. Malaysia yang berada dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Vietnam dan Myanmar bermain di Myanmar. Kumpulan A pula yang disertai oleh Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina dilangsungkan di Filipina.