November. Bulan kelahiran aku. Namun tahun lepas, 6/11/2023, ayah pergi mengadap Yang Esa. Dan aku masa tu berada di seberang laut China Selatan, Sabah.
Aku tak pernah cerita benda ni, aku pernah dapat offer untuk bekerja di pantai timur. Cuma hati aku merasakan yang aku tak boleh jauh dari mak ayah aku. Aku perlu ada dekat untuk jaga diorang. Jadi aku tolak tawaran tu. Masa tu rasanya aku saja ada di Perak. Adik beradik aku yang lain semuanya ada luar Perak, samada kerja atau belajar di luar Perak.
Aku juga tau, ayah pernah kecewa besar dengan aku masa aku resign system admin kat kilang Carsem. Aku tak pernah minta maaf secara direct pasal aku resign tu, cuma aku selitkan saja kemaafan ketika salam pagi hari raya tahun yg sama 😔.
Ini juga jadi punca aku rasa aku perlu ada dekat dengan ayah, supaya aku dapat tebus kesalahan aku.
Long story short, aku sendiri dah berkeluarga, anak2 dah besar, jadi keseimbangan dan laluan dalam hidup dah sedikit bertukar. 2 orang adik aku pun dah transfer dan dapat berkhidmat di Ipoh. Jadi aku anggap ayah dan mak akan baik2 saja sebab ada anak2 yg lain dekat dengan diorang.
2022, bulan Ogos, aku berpindah ke Sabah. Kenapa? Wife dapat kenaikan pangkat dan kebetulan Allah bagi laluan untuk wife pergi jauh daripada officemate yang bermasalah dan menyebabkan stress sentiasa, dan pilihan yg tinggal hanya ke Sandakan Sabah.
Panjang sangat celoteh dah, padahal nak bagitau apa penyesalan terbesar yang aku masih terasa sampai sekarang; aku takde di samping ayah masa akhir hayatnya, dan aku tak dapat nak mandikan arwah ayah aku. Aku jauh, dan aku tak nak jasad ayah terbiar lama sebelum diuruskan untuk pengebumian.
Jadi dengan perasaan hati luluh, aku pesan pada adik beradik lain, teruskan saja, jangan tangguh apa2, tak perlu tunggu aku, lagi cepat lagi baik untuk ayah. Dan hari itu, 6/11/2023, aku rasakan perjalanan 3 jam setengah dengan flight, campur 4 jam dalam bas, sangatlah lama. Lama sangat. Pedih.
5 november - video call last sembang dengan ayah , bukan sembang sangat pun, cuma bagi kata2 semangat, masa ni ayah dan susah nak cakap, susah nak nafas. Ni pun nyesal juga kenapa tk rekod video call tu 😔.
So itulah dia, penyesalan terbesar yang masih terasa sampai hari ini. Semoga Allah tempatkan roh almarhum Mastor bin Abdullah bersama golongan yang beriman.
Ja rindu ayah.